Sulaman Kanton, Warisan Kebudayaan Tidak Ketara China

2022-12-12 17:33:29  CRI
Share with:

Sulaman Kanton ialah seni sulaman di kalangan rakyat kawasan Delta Sungai Mutiara yang berpusatkan bandar Guangzhou.

Wang Xinyuan, wakil pewaris sulaman Kanton telah melakukan inovasi ke atas warisan kebudayaan tidak ketara ini. Beliau aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kebajikan awam sosial, dan giat mempromosikan seni sulaman itu di kampus sekolah dan komuniti perumahan, supaya lebih ramai orang dapat memahami dan mencintai warisan kebudayaan ini.