Fed Dijangka Naik Lagi Kadar Faedah

2022-12-12 11:24:45  CRI
Share with:

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dijangka menaikkan lagi kadar faedah pada 14 Disember, dengan kadar peningkatan yang lebih rendah berbanding empat kali sebelum ini.

Demikian menurut laporan Cable News Network (CNN) pada Ahad.

Terdahulu, Fed meningkatkan kadar faedah masing-masing sebanyak 75 mata asas pada bulan Jun, Julai, September dan November.

Tindakan itu menjadikan kadar faedah persekutuan berada dalam julat antara 3.75 peratus hingga 4 peratus, sekali gus mencipta rekod paling tinggi sejak Januari 2008.