CGPI Jepun Cecah Rekod Paling Tinggi

2022-12-12 15:27:13  CRI
Share with:

Indeks Harga Barangan Korporat (CGPI) Jepun mencatat 118.5 pada bulan November, iaitu rekod paling tinggi dalam sejarah.

Angka itu naik 9.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data yang dikeluarkan bank pusat Jepun hari ini.

Majoriti syarikat Jepun meningkatkan harga produk mereka susulan kenaikan harga minyak mentah dan bahan mentah.