Output Bijirin China Pecah Rekod Lagi

2022-12-12 13:59:48  CRI
Share with:

Output bijirin China memecahkan lagi rekod apabila jumlahnya mencatat sebanyak 687 bilion kilogram pada 2022, meningkat 0.5 peratus berbanding tahun lepas, menurut Biro Statistik Negara (NBS).

Laporan terkini NBS menunjukkan, prestasi itu sekali gus menjadikan pengeluaran bijirin China kekal melebihi 650 bilion kilogram selama lapan tahun berturut-turut.