11 Rizab Semula Jadi China Masuk Senarai Hijau IUCN

2022-12-12 15:44:52  CRI
Share with:

Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) mengumumkan pengemaskinian Senarai Hijau bagi Kawasan Perlindungan dan Pemeliharaan (GLPCA) pada Sabtu. 

Ia menyaksikan 11 buah rizab alam semula jadi China dimasukkan dalam Senarai Hijau itu, antaranya termasuk kawasan peranginan Huangguoshu dan Taman Negara Shennongjia. 

Diumumkan semasa fasa kedua Persidangan ke-15 Pihak-Pihak Pemeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) di Montreal, pengemaskinian itu turut merangkumi tiga kawasan perlindungan di Mexico, dua di Peru, dan masing-masing satu di Perancis dan Zambia.

Dengan ini, bilangan rizab alam semula jadi dalam Senarai Hijau IUCN mencapai 77 buah.