Pembinaan Pusat Pemeriksaan Vaksin Beijing Dimulakan

2022-12-12 18:20:10  CRI
Share with:

Pembinaan Pusat Pemeriksaan Vaksin Beijing dilancarkan pada 10 Disember 2022.

Menurut perancangan, pusat ini mencakupi kawasan seluas 16 ribu meter persegi, dan melibatkan dana pelaburan sebanyak RMB202 juta (RM126 bilion). Ia adalah projek penting untuk meningkatkan keupayaan pengawalseliaan terhadap vaksin di bandar ibu kota ini.

Selepas siap pada 2024, Pusat Pemeriksaan Vaksin Beijing akan memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan vaksin dan memangkin pembangunan berkualiti tinggi industri bioperubatan di bandar ini.