Pasukan Pengaman Perubatan China Promosi Kebudayaan Cina di Lubnan

2022-12-12 12:54:44  CRI
Share with:

Unit perubatan pasukan pengaman China kumpulan ke-21 ke Lubnan telah dijemput oleh United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) bagi menjalankan aktiviti mempromosi kebudayaan Cina di Beirut, ibu negara Lubnan pada 9 Disember.

 

Difahamkan, para peserta adalah terdiri daripada anggota tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pekerja yang berkaitan dari pelbagai negara.

 

Dalam aktiviti itu, sejarah, adat resam, seni tulisan tradisional, seni teh dan perubatan tradisional Cina (CTM) diperkenalkan melalui cara kuliah, demonstrasi, pertukaran pendapat untuk membina sebuah “jambatan damai” supaya kebudayaan Cina diketahui lebih ramai orang.

 

Atas mintaan para anggota pengaman PBB, doktor unit perubatan pasukan pengaman China juga membuat pengenalan khas tentang CTM.

 

Daripada sesi itu, teknik urutan, akupunktur dan moxibustion berjaya menimbulkan minat mendalam dalam kalangan para peserta.