Upacara Peringatan Mangsa Pembunuhan Nanjing Berlangsung

2022-12-13 17:15:09  CRI
Share with:


Upacara peringatan kebangsaan bagi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh tentera penceroboh Jepun berlangsung di  memorial berkenaan di Nanjing pagi tadi.

Bendera kebangsaan China diturunkan separuh tiang di dataran memorial tersebut bagi memperingati saudara setanah air yang terkorban dalam tragedi pada 85 tahun lalu.

13 Disember diwartakan sebagai Hari Peringatan Negara untuk Mangsa Pembunuhan Nanjing sejak 2014.