Salah Guna Kawalan Eksport, Amalan Perlindungan Tipikal

2022-12-13 14:51:55  CRI
Share with:

China pada Isnin membawa amalan kawalan eksport Amerika Syarikat (AS) membabitkan produk cip ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) agar isu berkenaan ditangani melalui mekanisme penyelesaian sengketa. 

Kementerian Perdagangan (MOFCOM) menyifatkan tindakan tersebut suatu yang wajar untuk menyelesaikan keprihatinan China di sisi undang-undang, serta mempertahankan hak dan kepentingan sah sendiri.

Menurut MOFCOM, AS terus-menerus menggeneralisasikan konsep keselamatan negara, menyalahgunakan langkah kawalan eksport dan menghalang perdagangan antarabangsa yang normal melibatkan cip dan produk lain.

Kelakuan seumpama adalah amalan perlindungan tipikal kerana ia mengancam kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global, menjejaskan order dan melanggar peraturan perdagangan antarabangsa, membelakangi hukum ekonomi asas, serta merosakkan kepentingan pembangunan global.