Katakan Tidak kepada Unilateralisme dan Amalan Perlindungan: MFA

2022-12-14 14:49:22  CRI
Share with:

Negara-negara perlu tampil mengatakan tidak kepada amalan unilateralisme dan perlindungan yang dilaksanakan Washington, menurut Kementerian Luar (MFA) China.

Jurucakap MFA Wang Wenbin mengkritik kelakuan Amerika Syarikat (AS) berkali-kali mengganggu kegiatan perdagangan antarabangsa dengan dalih keselamatan negara.

Pada Isnin, China dilaporkan membawa amalan kawalan eksport AS membabitkan produk cip ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) agar isu berkenaan ditangani melalui mekanisme penyelesaian sengketa.

Untuk itu, Wang membalas dengan mengatakan penyalahgunaan langkah-langkah kawalan eksport oleh AS menghalang perdagangan antarabangsa membabitkan cip dan produk lain.

“Tindakan seumpama menjejaskan rantaian bekalan semikonduktor di peringkat global dan mengganggu perdagangan sedunia,” kata beliau semasa taklimat harian di Beijing pada Selasa.