China Terus Dorong Tadbir Urus Keselamatan Biologi Global

2022-12-20 13:14:18  CRI
Share with:

Mesyuarat perbahasan ke-9 “Konvensyen Melarang Senjata Biologi” telah berakhir di Geneva pada Jumaat lalu. Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa China akan terus berusaha bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk mendorong tadbir urus keselamatan biologi global.

Menurut Mao, pelaksanaan Konvensyen tersebut dan situasi keselamatan biologi global telah dibahas secara menyeluruh dalam mesyuarat kali ini yang turut menyaksikan dokumen produktif yang berkenaan diluluskan. Selain itu, pasukan kerja akan ditubuhkan supaya terus mengintensifkan keberkesanan konvensyen tersebut dan mendorong konvensyen itu dipatuhi secara menyeluruh melalui langkah yang berkuasa dari segi undang-undang.

Mao berkata, mesyuarat dan pencapaian mesyuarat kali ini menandakan kemajuan penting dalam pentadbiran keselamatan biologi global yang selaras dengan kepentingan bersama masyarakat antarabangsa.

Presiden China, Xi Jinping dalam inisiatif keselamatan global menegaskan bahawa perlu menyelaraskan usaha melindungi keselamatan dalam bidang tradisional dan bukan tradisional di samping bersama-sama menghadapi masalah global seperti keselamatan biologi. Oleh itu, China mengemukakan pendirian kewujudan mekanisme pemeriksaan, mendorong penggunaan sains teknologi biologi secara aman dan dikongsi umum yang telah mewakili hasrat negara terlibat dalam konvensyen tersebut terutama negara-negara membangun.