Iran Sedia Sambungkan Rundingan Nuklear

2022-12-21 14:08:58  CRI
Share with:

Iran bersedia menyambungkan rundingan bagi memulihkan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif Isu Nuklear Iran di Vienna, Austria menurut draf yang tercapai sebelum ini.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian ketika bertemu dengan Wakil Kanan Kesatuan Eropah (EU) yang bertanggungjawab terhadap dasar luar dan keselamatan, Jose Borrell di Amman, Jordan pada Selasa.

Menurut Abdollahian, pihak-pihak terbabit diharap mengelakkan masalah berkenaan daripada dipolitikkan, mengambil sikap yang substantif dan membuat keputusan seperlunya.

Borrell pula menyatakan melalui hantarannya di media sosial, kedua-dua pihak bersetuju mengekalkan kelancaran dalam interaksi, dan memulihkan pelaksanaan perjanjian terbabit berdasarkan rundingan Vienna.

Dalam perkembangan lain, Penyelaras Komunikasi Strategi Majlis Keselamatan Wilayah Amerika Syarikat, John Kirby mengalu-alukan interaksi antara EU dengan Iran. Bagaimanapun, tambah beliau, memulihkan pelaksanaan perjanjian berkenaan bukanlah fokus Washington buat masa sekarang.