Galakkan Pembangunan Kampung melalui Program Kebudayaan dan Pelancongan

2022-12-24 18:50:04  CRI
Share with:

Pembinaan pekan istimewa yang mempunyai warisan budaya tidak ketara serta kawasan perlindungan ekologi yang berunsurkan kebudayaan dipergiatkan di bandar Xuzhou provinsi Jiangsu untuk menggalakkan pembangunan desa melalui perkembangan industri pelancongan. Di kampung Zishan, bangunan dan pekarangan yang terbiar diubahsuai menjadi balai kesenian, muzium swasta, ruang kesenian dan kebudayaan pelbagai fungsi, kafe, bar, kedai buku, rumah inap dan sebagainya. Langkah-langkah seumpama itu terbukti kondusif bagi penjanaan pendapatan penduduk kampung.