Surat Balas Xi kepada Artis Kumpulan Seni Persembahan Oriental China

2022-12-25 16:40:33  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengirim sepucuk surat balas kepada para artis Kumpulan Seni Persembahan Oriental China semalam untuk menggalakkan mereka bertindak tekun menginsafi dan menyemarakkan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) dan memberikan sumbangan baharu demi pembangunan kebudayan negara sosialis.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC menyatakan bahawa tahun ini bertepatan dengan ulang tahun ke-70 Central Song and Dance Troupe dan ulang tahun ke-60 Oriental Song and Dance Troupe, yang kedua-duanya merupakan badan pendahulu Kumpulan Seni Persembahan Oriental China.

Xi Jinping menegaskan bahawa dalam tempoh bertahun-tahun yang lalu, para artis berjaya menghasilkan banyak karya seni yang cemerlang, dan memberikan sumbangan yang holistik dalam merancakkan interaksi kebudayaan dengan luar. Beliau melahirkan harapan agar para artis menyemarakkan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, mengekalkan penghasilan karya yang berpaksikan rakyat, menjaga etika kerja yang tinggi dan kreatif, menegakkan integriti dan keyakinan dalam menyuburkan kebudayaan tradisional hingga melakar pencapaian baharu demi pembangunan kebudayaan negara sosialis.