Tingkatkan Perlindungan terhadap Keselamatan Nyawa dan Kesihatan Rakyat: Xi

2022-12-26 20:36:23  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa lebih banyak tindakan bersasaran dan konkrit perlu dilaksanakan untuk melindungi keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat.

Beliau berkata demikian sempena sambutan ulang tahun ke-70 Kempen Kesihatan Patriotik di negara ini.

Xi menyatakan bahawa di bawah pimpiman Parti Komunis China (PKC), Kempen Kesihatan Patriotik mendahulukan kesihatan rakyat dan mengutamakan tindakan pencegahan, serta memainkan peranan signifikan dalam menambah baik sanitasi persekitaran di bandar dan luar bandar, menangani wabak dan penyakit berjangkit serius, dan meningkatkan tadbir urus kesihatan masyarakat.

Beliau turut menzahirkan harapan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan Kempen Kesihatan Patriotik agar tidak melupakan aspirasi asal, mewarisi tradisi cemerlang, memperkaya konotasi kerja, membaharui pendekatan dan cara kerja, agar membuat sumbangan baharu untuk mempercepat pembinaan China yang sihat.

Xi Jinping menekankan bahawa pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 menghadapi situasi dan tugas baharu pada masa ini. Oleh itu, Kempen Kesihatan Patriotik perlu dijalankan dengan lebih bersasaran, memaksimumkan kelebihan organisasi dan mobilisasi kempen kesihatan patriotik, membimbing orang ramai mempelajari dan menguasai pengetahuan kesihatan, mengamalkan gaya hidup yang sihat, supaya membina benteng perlindungan kesihatan bagi seluruh masyarakat, dan menjamin keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat.