Dorong Penyelesaian Isu Nuklear Iran Melalui Rundingan

2022-12-27 13:59:08  CRI
Share with:

China bersedia berusaha dengan pihak-pihak terlibat untuk menyumbang kepada penyelesaian isu nuklear Iran melalui saluran politik dan diplomatik, demi memelihara sistem kawalan nuklear antarabangsa serta keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurut laporan, Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian menyatakan bahawa beliau dan Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) atas Dasar Luar dan Keselamatan, Josep Borrel dalam pertemuan baru-baru ini telah menetapkan langkah-langkah muktamad bagi pemulihan perjanjian nuklear Iran melalui Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

“Tingkap itu adalah terbuka, namun tidak akan dibuka selama-lamanya.” kata Hossein.

Mengulas laporan tersebut, Mao Ning mengatakan bahawa rundingan mengenai pemulihan JCPOA menemui fasa terakhir buat masa ini. Walaupun situasi itu amat rumit dan meruncing, namun masih ada harapan untuk mencapai perjanjian berkaitan.

Beliau berkata, pihak-pihak terlibat harus memegang kepada penyelesaian isu tersebut melalui dialog dan rundingan, mempergiat usaha diplomatik agar mendorong perjanjian itu kembali ke landasan betul.