Kawal Wabak secara Saintifik, Jamin Keselamatan Perjalanan Individu

2022-12-28 14:07:49  CRI
Share with:

Sejak tercetus COVID-19 tiga tahun dahulu, kerajaan China mempertahankan prinsip saintifik dan bersasaran tepat, mengoptimumkan langkah kawalan berdasarkan perkembangan situasi wabak, dan menyelaraskan kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi secara cekap. Langkah-langkah China tersebut memberikan sumbangan penting bagi usaha memerangi wabak di dunia dan pemulihan ekonomi global.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang taklimat pada Selasa.

Menurut laporan, Jepun dan India mewajibkan pelancong dari China untuk menjalani ujian COVID-19 semasa ketibaan.

Mengulas perkara tersebut, Wang Wenbin berkata bahawa pelbagai pihak perlu bekerjasama dan membanteras wabak secara saintifik, di samping menjamin keselamatan perjalanan individu, memelihara kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global, serta mendorong pemulihan dan perkembangan ekonomi dunia.

Tegasnya, China berpendapat bahawa usaha memerangi wabak oleh pelbagai negara perlu dilaksanakan secara saintifik dan sederhana, dan tidak menjejaskan perjalanan yang normal.