Lonjakkan Hubungan China-Benin ke Tahap Baharu

2022-12-29 14:20:41  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Benin, Patrice Talon saling menyampaikan perutusan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-50 pemulihan hubungan diplomatik kedua-dua negara pada Rabu.

Xi dalam perutusannya mengatakan, dalam tempoh lima dekad lalu, China dan Benin bersikap ikhlas dan bersahabat, saling menyokong dalam kepentingan teras dan masalah yang diberikan perhatian bersama.

“Hubungan China-Benin mengekalkan trend perkembangan baik pada masa ini, sementara kerjasama dalam pelbagai bidang amat berhasil. Ini memberikan limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

“Saya memberikan perhatian tinggi terhadap perkembangan hubungan dengan Benin dan bersedia berusaha bersama-sama Presiden Talon untuk memperkasakan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), agar melonjakkan hubungan China-Benin ke tahap baharu.” kata Xi.

Talon pula menyatakan bahawa beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang berhasil antara kedua-dua negara dalam tempoh lima dekad lalu.

Beliau bersedia berusaha bersama-sama Presiden Xi untuk membina hubungan Benin-China yang penuh dinamik dan lebih kukuh.

“Saya yakin kerjasama antara Benin dengan China adalah kukuh dan pasti akan mencapai hasil yang lebih besar.” kata Talon.