Xinjiang Aturkan Kereta Api Khas, Mudahkan Pelancong Main Ski

2022-12-30 14:04:21  CRI
Share with:

Jabatan kereta api wilayah Xinjiang melancarkankan kereta api khas pada 28 Disember, untuk memudahkan para pelancong bermain ski di kawasan Altay pada musim sejuk ini.

Menurut taklimat, kereta api khas itu akan bertolak dari stesen Urumqi setiap malam, dan tiba di Altay pada keesokan pagi. Perjalanan itu sejauh 908 kilometer. 

Dengan dilengkapi katil di semua gerabak, kereta api itu akan memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada para penumpang.