65 Peratus Warga UK Sokong Referendum Sertai Semula EU

2023-01-03 13:09:50  CRI
Share with:

Hampir dua pertiga warga United Kingdom (UK) menyokong pungutan suara bagi menentukan sama ada menganggotai semula Kesatuan Eropah (EU), dua tahun selepas UK meninggalkan blok itu, lapor laman sesawang akhbar The Independent.

Mutakhir ini, satu tinjauan pendapat umum menunjukkan 65 peratus penduduk UK beranggapan bahawa referendum berhubung perkara itu perlu diadakan, lebih tinggi berbanding 55 peratus yang direkod setahun lalu.

Tinjauan turut mendapati, 54 peratus responden percaya Brexit atau keluar dari EU adalah keputusan yang salah, berbanding 46 peratus pada setahun lalu.

Sementara itu, 56 peratus berpendapat Brexit telah memburukkan ekonomi UK, lebih tinggi daripada jumlah yang dicatatkan setahun lepas iaitu 44 peratus.