UNSC Digesa Ambil Serius Isu Temple Mount

2023-01-05 17:04:31  CRI
Share with:

Lawatan menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa adalah tindakan ekstremisme dengan tujuan mencetuskan kitaran keganasan baharu, kata Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour. 

Menteri Keselamatan berhaluan kanan Israel, Itamar Ben-Gvir dilaporkan mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, yang dikenali sebagai Temple Mount oleh penganut Yahudi pada Selasa, sekali gus mengundang kecaman keras daripada pihak Palestin.

Mansour menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil serius perkara itu dan bertindak menegah perbuatan seumpama daripada berulang lagi.

“Palestin telah mendapat sokongan komuniti global dalam hal ini. Masyarakat antarabangsa mesti bersuara lantang menentang ekstremisme,” kata beliau.