Yiwu Kendali Larian Tren YIXINOU Sebanyak 5,024

2023-01-06 13:23:20  CRI
Share with:

Perkhidmatan tren kargo Yiwu-Xinjiang-Eropah atau dikenali sebagai YIXINOU terus mencatatkan prestasi operasi yang mantap apabila ia berjaya mengendalikan larian ke-50 bagi 2023, pada Khamis.

Prestasi itu turut menyumbang kepada kenaikan jumlah larian yang diuruskan menerusi perkhidmatan rel kargo itu sebanyak 5,024 sejak 2013 melibatkan hantaran melepasi 416,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).

Lebih daripada sedekad tahun menyaksikan YIXINOU membuka 18 laluan antara destinasi bersasar, dengan mempunyai sebanyak 101 hentian di luar negeri membabitkan lebih 50 negara dan 160 bandar.

Operasi rangkaian rel kargo itu merekodkan kenaikan nilai perdagangan import dan eksport dalam tempoh sembilan tahun berturut-berturut, kepada 30 bilion yuan (RM19.2 bilion) pada 2022 berbanding 586 juta yuan (RM375 juta) yang dicatat pada 2014.