Penerbangan Terus Antarabangsa ke Beijing Dipulihkan

2023-01-09 14:43:40  CRI
Share with:



Bermula 8 Januari 2023, China secara rasmi melaksanakan dasar menguruskan COVID-19 mengikut piawaian penyakit berjangkit kelas B. Oleh itu, pelancong antarabangsa tidak diwajibkan untuk menjalani kuarantin selepas ketibaan.



Tepat pukul 11.16 pagi 8 Januari, pesawat CA738 kendalian syarikat penerbangan Air China yang terbang langsung dari Warsaw, Poland ke Beijing tiba di terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing.

Ia sekali gus menyaksikan ketibaan penerbangan terus antarabangsa yang pertama ke Beijing sejak dasar baharu tersebut dilaksanakan.