Adakah Chow Yun-Fat dan Andy Lau Membuli Uygur?

2023-01-10 19:27:55  CRI
Share with:

Satria masih ingat seorang kawan Malaysia yang datang ke China pada lebih 10 tahun lalu. Dia pernah minta Satria mengajarnya menyanyi lagu “Sheung Hoi Tan” yang sangat popular di Asia Tenggara. Pelakon watak utama dalam drama TV itu pula adalah Chow Yun-Fat.

Manakala, Andy Lau juga seleberiti yang paling tersohor dari Hong Kong yang dikenali umum, isterinya Carol berasal dari Malaysia.

Satria pasti, jika sebut sahaja nama kedua-dua mereka, anda pasti kenal.

Namun, jika diikutkan hantaran “Xinjiang Victims Database” di Twitter (boleh rujuk pada gambar di bawah), kedua-duanya telah menjadi polis China yang terlibat dalam “penindasan terhadap korban Uygur”…

Kedua-dua gambar ini sahaja mencerminkan bahawa “database” itu langsung tak boleh dipercayai.

Malah, terdapat ramai netizen yang komen dengan bertanya adakah pemilik akaun tersebut mencari gambar “polis China” melalui google saja? Sebab kebetulan kedua-dua seleberiti dah banyak melakonkan watak polis dalam filem.

Sebenarnya, seawal tahun 2021 sudah ada pakar China yang menyelidik beberapa “database” yang selalu mengeluarkan maklumat palsu mengenai Xinjiang.

Antara 12050 orang “korban Uygur” yang diumumkan mereka, terdapat 6962 orang sebenarnya hidup seperti biasa di Xinjiang, 1342 orang sama sekali tidak pernah wujud, 238 orang telah meninggal ekoran penyakit dan lain-lain, 264 orang berada di luar negara, manakala 3244 orang pula dijatuhkan hukuman kerana terlibat dalam jenayah keganasan dan lain.

Manakala, 380 buah “kem tahanan” yang didakwa oleh beberapa “database” tersebut berdasarkan google map, 343 buah daripadanya adalah sekolah, hospital, jabatan kerajaan bahkan komuniti tempatan.

Jelas, niat jahat pelbagai program seperti “Xinjiang Victims Database” yang beroperasi di seberang laut dengan didalangi Amerika untuk menggambarkan pembanterasan kerajaan China terhadap pengganas dan penjenayah di Xinjiang sebagai pembanterasan terhadap seluruh etnik Uygur.

Bermula 2019, media China CGTN telah mengeluarkan 4 dokumentari menceritakan perjuangan antikeganasan di Xinjiang, dengan gambar dan video yang mencatat jenayah kumpulan pengganas, pemisah dan pengekstrem. Satria pula pernah memperkenalkan dokumentari-dokumentari tersebut dalam hantaran.

Tapi Satria juga ingat suatu kali dalam sidang akhbar Kementerian Luar China, jurucakap tanya kepada para wartawan asing yang bertugas di sini siapakah pernah menonton dokumentari tersebut? Tiada seorang pun menjawab.

Keadaan sebenar di Xinjiang tidak akan dilaporkan oleh Barat. Sebaliknya, maklumat palsu yang direka-reka Barat tersebar secara meluas menerusi platform yang mereka kawal. Inilah puncanya apa yang dikatakan “kem tahanan di Xinjiang”, “kapas buatan hamba petani Xinjiang”, “kilang hamba pekerja Xinjiang” dan apa jua cerita palsu yang mereka cipta untuk para netizen di luar negara bagi tujuan memburuk-burukan imej China.

China selalu bersikap terbuka untuk mengundang kawan-kawan dari seluruh dunia ke Xinjiang untuk menyaksikan keadaan di sana dengan mata diri.

Rombongan ulama islam yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Komuniti Islam Sedunia, Dr Ali Rashid Al-Nuaimi sedang mengadakan lawatan di Xinjiang bermula 8 Januari lalu.

Para ulama terkejut ketika melihat serangan keganasan yang berlaku sebanyak ribuan kali di sini dari 1990 hingga 2016, juga terkejut melihat budaya Islam dan etnik Uygur terpelihara begitu baik di Xinjiang.

Mungkin suara mereka juga akan didiamkan oleh media utama dan platform media sosial yang terkawal oleh Barat, bahkan dihitamkan menjadi “pengkhianat” lagi jika berani menyokong pendirian China. Tapi kami akan terus berusaha memperlihatkan keadaan sebenar di Xinjiang kepada dunia supaya para netizen tidak tertipu oleh maklumat palsu.

Ia juga antara aspirasi awal Satria untuk membuka page ini dan akan terus memaklumkan kebenaran meskipun akaun ini pun telah beberapa kali dimatikan.