Kenangan Satria Mengenai Musim Pengangkutan TBC

2023-01-17 10:17:38  CRI
Share with:

Bagi Satria dan juga ramai penduduk China, suasana sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) akan dimulakan kerata api yang menghantar penumpang balik ke kampung.

Sejak masuk universiti di Beijing pada tahun 2000, membeli tiket untuk balik kampung pada cuti sekolah musim sejuk merupakan hal yang sangat penting dan juga penuh cabaran menjelang TBC.

Sebagai pemegang kad mahasiswa, harga tiket Satria dan rakan-rakan dikurangkan sebanyak 50%.

Namun, dengan begitu ramai orang nak balik kampung, tidak mudah untuk kami mendapat tiket yang ideal. Dan, kereta api yang agak ideal bagi Satria adalah kereta api T119.

Pada masa itu, kereta api dengan huruf “T” dihadapan bermakna ia adalah yang paling cepat.

Kereta api beroperasi dari Beijing ke Shanghai, merupakan kerata api yang paling maju pada masa itu.

Perjalanan dari Beijing ke kampung Satria yang dekat dengan Shanghai memerlukan masa sekitar 13 jam dengan jarak kira-kira 1300 kilometer.

Tentulah harga tiketnya pun amat mahal bagi Satria yang masih seorang mahasiswa pada masa itu, oleh itu Satria selalu memilih tiket untuk duduk selama 13 jam saja.

Meskipun begitu, gerabak kereta api ini pula penuh dengan penumpang menjelang 春运 atau musim pengangkutan awam sewaktu perayaan TBC. Ramai orang tidak sempat membeli tiket untuk kerusi, hanya boleh berdiri selama belasan jam.


(Satria bawa anak balik kampung semasa Tahun Baharu Cina, beberapa tahun lalu.)


Satria masih ingat ada satu kali, disebabkan orang terlalu ramai, suhu dalam gerabak menjadi tinggi bagi semua orang yang memakai baju tebal pada musim sejuk itu, sehingga pernafasan pun menjadi susah sikit.

Bagaimanapun, tingkap kereta api dibeku sebab salji turun di luar. Akhirnya para penumpang bekerjasama menggunakan pisau memotong ais pada tingkap, baru berjaya membukanya. Kenangan masih segar atas sorakan ketika angin yang sejuk masuk dari tingkap.

Juga ada pengalaman semua tiket yang boleh langsung sampai kampung halaman dah habis dijual. Tapi ini tentulah tidak mungkin menjadi gangguan bagi tradisi orang China balik kampung menjelang TBC.

Satria pernah cuba membeli tiket dari Beijing ke Tianjin dulu, dan kemudian dari Tianjin ke bandar yang dekat kampung. Lepas itu, Satria kena beli tiket bas di sana lagi untuk balik ke kampung. Perjalanan ini mengguna masa sehari.

Pada tahun 2007, iaitu setahun sebelum Sukan Olimpik Beijing diadakan, “kerta api peluru” yang dinamakan dengan “D” mulai beroperasi antara Beijing dan Shanghai. Masa balik kampung Satria dipendekkan menjadi 9 jam.

Projek kereta api berkelajuan tinggi China pula dimulakan pada 2008 dan mulai beroperasi pada tahun 2017. Dengan HSR yang dinamakan dengan “G”, masa balik kampung terus dipendekkan menjadi 4 jam saja!

Duduk dalam HSR yang beroperasi dengan begitu laju dan senyap, setiap orang ada kerusi sendiri, kadang kadang Satria pula terfikir, di mana golongan pekerja perantau yang pernah bersama-sama Satria dalam satu gerabak untuk balik kampung pada belasan tahun yang lalu.

Dalam ingatan Satria, mereka selalu membawa tas tenunan plastik besar, makan, minum sambil berbual-bual dengan gembira dalam sepanjang perjalanan. Adakah mereka mampu membayar tiket HSR yang kira-kira dua kali ganda berbanding zaman T119.

Hingga suatu hari ketika berbual-bual dengan seorang penumpang yang duduk di kerusi sebelahku dalam HSR, Satria amat terkejut mendapati tuan yang bersopan santun, memakai sut dan membawa bagasi kecil itu adalah seorang pekerja perantau.

Beliau memberitahu Satria, meskipun harga tiket HSR mahal berbanding belasan tahun yang lalu, tapi pendapatan mereka pula meningkat beberapa kali ganda, oleh itu ia mampu menaiki HSR juga.

Tapi kadang-kadang tidak sempat membeli tiket HSR, mereka juga memilih tiket kereta api 1461.

Kereta api 1461! 

Ini membawa kenangan Satria balik ke zaman mahasiswa semula. Ada satu kali, ibu nak menghantar Satria ke Beijing, jadi untuk menjimat wang, kami memilih tiket katil 1461. Langsung dinamakan dengan nombor bermakna kereta api ini generasi yang paling lama. Ia mulai beroperasi antara Beijing dan Shanghai sejak 1984, memakan masa selama 26 jam dan ada 29 perhentian. Tapi harga tiketnya sangat murah, harga tiket katilnya lebih murah berbanding harga tiket T119.

Tak sangka ia masih berkhidmat untuk penumpang yang memerlukannya hingga hari ini!

Ia masih berhenti di pelbagai bandar bahkan pekan kecil antara dua metropolitan besar China, harga tiketnya hanya 1/4 berbanding HSR, tapi sebenarnya telah menggunakan kereta api baharu yang ada penghawa dingin, kelajuannya pula ditingkatkan, masa dari Beijing ke Shanghai dipendekkan dari 26 jam kepada 19 jam.

Pada zaman HSR ini, kereta api seperti 1461 terus berkhidmat menghantar para penduduk dari tempat yang kecil balik ke kampung mereka.

Musim pengangkutan TBC tahun 2023 telah bermula pada 7 Januari. Pada hari pertama itu pengembara domestik mencatat lebih 34.7 juta, jumlah ini meningkat 38.9% berbanding tempoh sama tahun 2022.

Menurut jangkaan, jumlah keseluruhan penggembara dalam misum pengangkutan TBC ini selama 40 hari ini akan mencatat 2 bilion.

Gerabak yang dipenuhi lagi oleh penumpang yang balik kampung memerlihatkan trend baik pulih masyarakt China dari pandemik dan juga mengamalkan Tahun Baharu Arnab yang lebih baik.