Penerbangan Antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Dipulihkan

2023-01-17 15:44:52  CRI
Share with:

Pesawat CZ309 kendalian China Southern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing menuju ke Hong Kong (HK) pada pukul 9.00 pagi tadi, ia sekali gus menandakan pemulihan penerbangan antarabangsa lapangan terbang itu.

Pada masa sama, perkhidmatan transit penerbangan rentas sempadan dipulihkan di lapangan terbang Daxing.

Selain itu, dasar pengecualian visa transit selama 144 jam di Beijing, Tianjin dan Hebei turut dipulihkan.