Inflasi Tinggi Jejaskan Daya Beli Pengguna: FED

2023-01-19 14:21:53  CRI
Share with:

Rizab Persekutuan Amerika (FED) mengumumkan “buku coklat” tentang situasi ekonomi negara itu pada Rabu lalu. 

Menurutnya, sejak mengedaran laporan bulan lalu, aktiviti ekonomi di negara  itu tidak berubah, dan ekonomi tidak akan menyaksikan peningkatan besar pada beberapa bulan akan datang. 

“Buku coklat” itu menunjukkan, inflasi yang tinggi terus menjejaskan daya beli pengguna, khususnya keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. 

Di samping itu, pasaran hartanah akan terus lembap. Menurut pengurus bank, kos pinjaman yang tinggi telah menghalang perkembangan pasaran pinjaman komersial.