Video Promosi Gala TBC Ditayangkan di AS

2023-01-20 14:38:46  CRI
Share with:

Gala Tahun Baharu China (TBC) oleh Kumpulan Media China (CMG) amat dinanti-nantikan oleh rakyat China dan keturunan Cina di dalam dan luar negara sempena perayaan TBC.

Menjelang ketibaan Tahun Arnab, video promosi gala tersebut ditayangkan di teater dan gelanggang sukan di Amerika Syarikat (AS), mempamerkan budaya perayaan dan adat resam tradisional China.

Bermula pada 16 Januari lalu waktu tempatan, video promosi gala TBC ditayangkan di 772 skrin filem di pelbagai pawagam di New York City, Washington DC, Chicago, Los Angeles, dan San Francisco serta lebih 100 skrin elektronik di pelbagai dewan pawagam.

Sebagai bangunan mercu tanda di Hollywood, TCL Chinese Theatre telah menayangkan video promosi tersebut bermula 9 Januari lalu.

Dalam tempoh perayaan TBC, video promosi gala TBC juga akan disiarkan dalam beberapa pertandingan NBA untuk memupuk minat peminat bola keranjang terhadap budaya China.