Ekonomi China akan Tumbuh Lebih Kuat: Axel van Trotsenburg

2023-01-20 11:44:47  CRI
Share with:

Ekonomi China akan mencatatkan pertumbuhan lebih kuat berikutan penyesuaian dasar pencegahan dan kawalan COVID-19 di negara ini.

Demikian ujar Pengarah Urusan atas operasi Bank Dunia, Axel van Trotsenburg ketika diwawancara eksklusif oleh Kumpulan Media China (CMG) di Davos pada Rabu.

Beliau menyatakan bahawa langkah China dan Amerika Syarikat (AS) berdialog dan mencari ruang kerjasama adalah “berita baik” bagi negara-negara membangun.

Beliau turut memberi penilaian positif terhadap tindakan China untuk mengoptimumkan dasar pencagahan dan kawalan wabak dan menganggap ia akan memacu pertumbuhan ekonomi dunia.