NEV China Lakar Prestasi Pengeluaran dan Jualan Cemerlang

2023-01-24 13:10:56  CRI
Share with:

Industri kenderaan tenaga baharu (NEV) China mencatatkan pertumbuhan mendadak pada tahun 2022, dengan jumlah pengeluaran dan jualan masing-masing naik sebanyak 96.9% dan 93.4% dengan catatan 7.06 juta dan 6.89 juta buah, menduduki tempat pertama di dunia selama lapan tahun berturut-turut.

Menurut statistik terkini Persatuan Industri Automobil China, bahagian pasaran NEV di China meningkat ke 25.6% pada tahun 2022, naik 12.1 mata peratusan berbanding tahun 2021.

Sementara itu, jualan NEV China menduduki lebih 60% di pasaran dunia. Antaranya jualan kenderaan elektrik (EV) berjumlah 5.37 juta, meningkat 81.6%, kenderaan hybrid elektrik (HEV) berjumlah 1.52 juta, bertambah 1.5 kali ganda.