Gala TBC Ditayangkan di Afrika

2023-01-24 11:33:28  CRI
Share with:

Gala Tahun Baharu China (TBC) anjuran Kumpulan Media China (CMG) mempersembahkan pesta kebudayaan yang gilang gemilang kepada rakyat di Afrika dan orang Cina di luar negara sempena sambutan perayaan tersebut.

Gala TBC disiarkan secara langsung buat kali pertama di 8 tempat di Afrika Selatan dan Kenya pada malam 21 Januari, yang bukan sahaja membolehkan orang Cina yang berjauhan dari tanah air untuk menonton Gala TBC, tetapi juga memberi peluang kepada rakyat di Afrika untuk menghayati budaya China secara lebih mendalam.

Pada 22 Januari, iaitu hari pertama Tahun Arnab, sebahagian program Gala TBC juga ditayangkan di Dataran Meskell, lapangan terbesar di Ethiopia, dan taman perindustrian pertama di negara itu, memaparkan keindahan budaya tradisional China kepada penduduk setempat.

Selain itu, pertunjukan cahaya lampu oleh CMG juga buat kali pertama diadakan di bangunan ibu pejabat Bank Perniagaan Ethiopia, iaitu bangunan mercu tanda di Addis Ababa, pada Jumaat lalu.