Bas Buatan China Digunakan di Mongolia

2023-01-25 10:59:21  CRI
Share with:

Sebanyak 117 buah bas buatan China digunakan secara rasmi di bandar Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia pada Selasa.

Penduduk tempatan memberikan pujian kepada kumpulan pertama bas import dari China itu.

Selain itu, dengan pengimportan bas dari China yang bertambah banyak, masa menunggu bas bagi penumpang juga akan dipendekkan.

Menurut maklumat, Mongolia merancang untuk mengimport sebanyak 224 buah bas dari China untuk membaiki keadaan pengangkutan awam di Ulaanbaatar demi memberikan perjalanan yang lebih mudah dan selesa kepada penduduk tempatan.