Pertumbuhan Ekonomi Dunia Menjadi Perlahan 2023: Unjuran PBB

2023-01-26 13:28:36  CRI
Share with:

Kadar pertumbuhan ekonomi dunia diunjurkan akan menjadi perlahan pada tahun 2023, menurut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PBB dalam laporan Situasi dan Prospek Ekonomi Dunia 2023 yang dikeluarkan pada Rabu menyebut, kadar pertumbuhan ekonomi dunia dijangka akan mencapai 1.9%, lebih rendah berbanding lebih kurang 3% pada tahun 2022.

Laporan itu menyatakan bahawa ekonomi dunia mengalami tamparan kuat ekoran penularan COVID-19, krisis Ukraine, inflasi tinggi dan perubahan iklim pada tahun 2022, dan akan terus menghadapi tekanan besar pada tahun 2023.

Selain itu, laporan itu meramalkan ekonomi China akan berprestasi lebih baik pada tahun 2023 dan kadar pertumbuhan negeri Tembok Besar ini dijangka akan mencapai 4.8% berikutan kerajaan yang mengubahsuai dasar pembendungan wabak dan mengambil langkah-langkah yang merangsang ekonomi.