Bursa Nasdaq Adakan Upacara Bunyikan Loceng, Raikan TBC

2023-01-27 12:47:23  CRI
Share with:

Bursa Nasdaq Amerika Syarikat (AS) dan Konsulat Jeneral China ke New York bersama-sama mengadakan upacara membunyikan loceng untuk meraikan Tahun Baharu China (TBC) pada 25 Januari.

Konsul Jeneral China ke New York, Huang Ping membunyikan loceng pembukaan pasaran saham Nasdaq pada hari itu.

Di samping itu, skrin gergasi Nasdaq di Times Square New York telah membuat siaran langsung tentang upacara tersebut, dan menyiarkan video mengenai TBC.

Naib Presiden Nasdaq, Bob McCooey menyatakan bahawa syarikatnya komited untuk menjalinkan kerjasama dengan China pada tahun-tahun kebelakangan ini. Semangat inovasi dan perjuangan syarikat China akan membantu kedua-dua negara untuk berkembang maju bersama-sama.

Huang Ping pula dalam ucapanya menzahirkan harapan agar kedua-dua pihak dapat melaksanakan konsensus penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan hubungan dua hala sehingga mencapai lebih banyak hasil demi manfaat rakyat kedua-dua negara bahkan dunia.