Lebih 100 Juta Orang Menonton Filem Semasa TBC

2023-01-28 14:49:54  CRI
Share with:

Menurut statistik Jabatan Am Percukaian Negara (STA) China, jumlah penggunaan perkhidmatan dalam tempoh percutian Tahun Baharu China (TBC) tahun ini naik 13.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Antaranya perbelanjaan dalam filem mencapai prestasi yang amat baik.

Dalam tempoh percutian TBC tahun ini, sebanyak tujuh filem ditayangkan pada masa sama.

Menurut statistik, sehingga pukul 12.00 malam tadi, lebih 100 juta orang menonton filem di pawagam, dan jumlah kutipan tiket melebihi RMB6.7 bilion (RM4.2 bilion).