Gala Cap Goh Mei 2023 Penuh Elemen Inovatif

2023-02-03 15:02:30  CRI
Share with:

Gala Cap Goh Mei 2023 anjuran Kumpulan Media China (CMG) akan disiarkan pada pukul 8 malam Ahad minggu ini.

Difahamkan, gala itu dipenuhi elemen kreatif dan artistik dengan pengaplikasian pelbagai teknologi inovatif.

Antara pengisian menarik termasuk lagu rakyat, opera, gimnastik berirama dan dialog rancak 'crosstalk', membolehkan audiens merasai suasana riang ria meraikan perayaan tradisional itu.