China Sedia Perkasa Sinergi dengan PBB

2023-02-03 11:41:59  CRI
Share with:

Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Presiden sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Csaba Korosi di Beijing pada Khamis.

Dalam pertemuan itu, Wang berkata China bersedia berusaha bersama semua negara untuk mempertahankan sistem antarabangsa berteraskan PBB dan order antarabangsa bersandarkan prinsip Piagam PBB.

Beliau turut menyatakan komitmen China untuk terus memberi sokongan kukuh kepada PBB, di samping memperkasa sinergi dengan PBB dalam melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global, mendorong Agenda Pembangunan Mampan 2030, dan menangani cabaran global termasuk sumber air, perubahan iklim dan biodiversiti.

Korosi merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan China kepada PBB dan multilateralisme.

Beliau juga menzahirkan hasrat PBB untuk memperkukuh kerjasama dengan China dalam melawan pandemik COVID-19, bersama mengendalikan cabaran global termasuk pembiayaan pembangunan, sumber air dan perubahan iklim, dan memajukan Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB.