Lebih 500 Syarikat Sah Sertai CIIE 2023

2023-02-04 14:57:55  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi keenam akan berlangsung di Shanghai pada 5 hingga 10 November 2023.

Setakat ini, lebih 500 syarikat mengesahkan penyertaan mereka dengan menempah ruang pameran seluas 200,000 meter persegi.

Dari segi pameran perniagaan, CIIE kali ini akan terus menyediakan enam zon pameran merangkumi produk makanan dan pertanian, automobil, kelengkapan teknikal, barangan pengguna, peralatan perubatan dan penjagaan kesihatan, serta perdagangan perkhidmatan.

Difahamkan, senarai pempamer kumpulan pertama membabitkan 206 syarikat dan institusi telah diumumkan pada Jumaat.