Rizab Pertukaran Mata Wang Asing China Catat USD3. 18 Trilion

2023-02-08 14:25:48  CRI
Share with:

Statistik Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing China (SAFE) pada Selasa menunjukkan, setakat penghujung bulan Januari tahun 2023, rizab pertukaran mata wang asing China meningkat 1.82% berbanding penghujung tahun 2022, dengan mencatat USD3.18 trilion (RM13.67 trilion), iaitu bertambah USD56.8 bilion (RM244 bilion).

Menurut pegawai dari SAFE, ekonomi domestik yang terus pulih dan penggerak dalaman yang terus mengukuh kondusif bagi rizab pertukaran mata wang asing negara ini kekal stabil.