PM Kemboja: Intensifkan Kerjasama dengan China

2023-02-11 14:34:50  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping seorang pemimpin negara yang mulia.

Demikian dikatakan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dalam satu temu bual bersama dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) di Phnom Penh pada 31 Januari lalu. Beliau berkata kedua-dua mereka pernah mengadakan pertemuan berkali-kali sejak sekian lama. Hun Sen menganggap Xi adalah pemimpin yang mampu membimbing pembangunan China. Setiap inisiatif atau konsep yang disarankan Xi termasuk Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Sejagat (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Sejagat (GSI) merangkumi visi dan misi yang hebat yang tiada tolok bandingnya.

Menyentuh sejumlah pilihan tentang skim projek pembinaan stadium di Kemboja, bakal tuan rumah Sukan ASEAN, Hun Sen mendedahkan bahawa beliau membuat keputusan memilih satu skim pembinaan stadium yang berbentuk kapal layar, dan menjelaskan bahawa stadium berbentuk kapal layar itu amat selaras dengan konsep “jalan sutera maritim abad ke-21” yang dikemukakan Presiden Xi. Hanya dengan adanya jalan sutera maritim pada zaman purba, barulah perhubungan antara China dengan negara tenggara Asia Tenggara termasuk Kemboja dapat diwujudkan.

Hun Sen menganggap terdapat banyak pengalaman yang terkandung dalam buku “Xi Jinping: Tadbir Urus China” boleh dikongsi. Selepas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) berakhir, syukurlah Presiden Xi boleh terus membawa China menetapkan hala tujuan pembangunan pada masa depan, dan membimbing rakyatnya memperjuangkan matlamat Seratus Tahun kedua.

Tentang topik utama yang dibincangkan antara kedua-dua pemimpin ini, Hun Sen menyatakan bahawa topik utama itu adalah tentang peningkatan kerjasama yang efisien dan memupuk rasa saling percaya antara kedua-dua pihak. Di sebalik situasi serantau dan dunia yang rumit dan sering mengalami perubahan drastik, menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang amat penting kerana ia dapat meningkatkan lagi perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara kedua-dua negara ini.

Hun Sen menganggap pemimpin kedua-dua negara Kemboja dan China dikehendaki sedar akan peri pentingnya untuk memperincikan kerjasama khasnya dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan.