Persembahan Muqam Semasa Sambutan Hari Raya di Xinjiang

2023-02-14 21:13:34  CRI
Share with:


Kampung Muqam yang terletak di pekan Lukeqin, kaunti Shanshan, wilayah Xinjiang mendapat namanya berkat persembahan kesenian Muqam yang terkenal di Turpan.

Pak cik Sulaiman Abdul, 61, pewaris seni Muqam dari kaum Uygur, mula belajar kesenian itu pada usia 16 tahun.

Menjemput pemain Muqam untuk memberi persembahan dalam pesta, hari raya dan jamuan perhimpunan sudah menjadi satu tradisi di kalangan rakyat tempatan.

Menyebut tentang rancangan untuk tahun baharu, Sulaiman berkata, beliau akan bersama-sama pemain sekampung berlatih lebih banyak untuk mempersiapkan sejumlah program Muqam yang tidak selalu terpilih dalam persembahan sebelum ini.