PBB Seru Hulurkan Dana Bantu Turkiye

2023-02-17 15:57:22  CRI
Share with:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan pelancaran kempen menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Turkiye pada Khamis, yang menyasarkan dana sebanyak USD1 bilion untuk kegunaan bantuan pasca gempa.

Difahamkan, dana ini boleh memberi jaminan kepada 5.2 juta individu selama tiga bulan, yang merangkumi kesihatan, keselamatan makanan, dan pendidikan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata bahawa Turkiye ialah negara yang menerima pelarian paling ramai di dunia dan menyediakan tempat perlindungan kepada pelarian Syria selama bertahun-tahun.

"Inilah masa untuk membantu rakyat Turkiye." kata Guterres.

Untuk rekod, sebelum ini PBB menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyumbang dana sebanyak USD397 juta untuk membantu mangsa gempa di Syria.