Sidang Kemuncak AU ke-36 Labuh Tirai

2023-02-20 15:04:09  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika (AU) ke-36 melabuhkan tirainya di Addis Ababa, ibu negara Etiopia pada malam Ahad.

Presiden Comoros, pengerusi bergilir baharu AU, Azali Assoumani dalam upacara penutupan menekankan perkara yang perlu diberi tumpuan pemimpin negara-negara Afrika.

Dalam pada itu, beliau berkata projek pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika (AfCFTA) antara yang mesti diselesaikan kerana ia amat signifikan bagi benua itu.

Tambah beliau, pemimpin negara Afrika komited mewujudkan keselamatan maritim bagi memastikan kelancaran perkapalan dalam proses pelaksanaan projek berkenaan.