Kenderaan Tanpa Pemandu China Capai Pengikitirafan Tertinggi Dunia

2023-02-22 13:56:15  CRI
Share with:

Operasi dan ujian pengkomersialan kenderaan tanpa pemandu mula dijalankan di Kawasan Pembangunan Teknologi Ekonomi Beijing China sejak penghujung tahun 2022 dan ia telah dilaksanakan di Beijing, Chongqing dan Wuhan.

Selain tiga bandar tersebut, perkhidmatan pengangkutan pengkomersialan kenderaan tanpa pemandu yang mempunyai petugas keselamatan dalam kenderaan itu telah dijalankan di lebih 10 buah bandar seperti Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen.

 

Penduduk bandar dapat menikmati perkhidmatan kenderaan tanpa pemandu dengan hanya perlu menggunakan aplikasi yang dimuat turun di telefon pintar.

Setakat Mac 2022, jalan yang dibuka untuk dilakukan ujian operasi kenderaan tanpa pemandu telah melebihi 5,000 kilometer di China, manakala jarak perjalanan yang selamat dalam ujian operasi kenderaan tanpa pemandu pula mencatat lebih daripada 10 juta kilometer.

Sementara itu, jalan pintar yang sejauh 3,500 kilometer turut dinaiktaraf untuk memastikan kelancaran ujian berkenaan dan kenderaan tanpa pemandu dikendalikan China juga berjaya mencapai pengiktirafan tertinggi di dunia dari aspek teknologi serta produk.

 

Kini, banyak syarikat di China sedang menjalankan penyelidikan dan penerokaan teknologi kenderaan tanpa pemandu dengan merupakan Baidu antara syarikat yang mengoperasikan kenderaan tanpa pemandu paling banyak di China.

Usaha penyelidikan dan penerokaan dimulakan pada 2013 oleh Baidu, antaranya kenderaan tanpa pemandu peringkat Apollo L4 telah diuji di perjalanan sejauh 45 juta kilometer.

Selain itu, Baidu turut mempunyai "Patent Family" sebanyak 3,477, sekali gus mengungguli senarai sedunia selama empat tahun secara berturut-turut.

Pada masa sama, Apollo Baidu turut disenaraikan sebagai salah satu daripada 4 “perintis” dalam sektor kenderaan tanpa pemandu global selama dua tahun berturut-turut oleh Guidehouse, iaitu agensi penyelidikan terkemuka di dunia.