Mesyuarat di Jordan Fokus Situasi Tebing Barat

2023-02-26 15:27:49  CRI
Share with:

Satu mesyuarat keselamatan yang dihadiri wakil dari Palestin, Israel, Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan dan pihak lain diadakan di bandar Aqaba, selatan Jordan, hari ini.

Dilaporkan pertemuan itu memberi tumpuan kepada cara meredakan ketegangan di Tebing Barat, dengan tujuan mencapai persefahaman antara Palestin dengan Israel bagi menamatkan ketegangan sebelum Ramadan.