Mesyuarat G20 Seru Perkasa Kolaborasi Polisi

2023-02-26 15:10:41  CRI
Share with:

Semua pihak harus memperkasa kerjasama dari segi dasar untuk memacu pertumbuhan ekonomi global yang kukuh, mampan, seimbang dan inklusif. 

Seruan itu dibuat menerusi Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) yang telah menutup tirainya di Bangalore, India pada Sabtu.

Menurut mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu, prospek ekonomi sejagat kini bertambah baik sedikit, namun pertumbuhannya kekal perlahan dan risiko kemelesetan ekonomi masih lagi wujud.

Negara-negara G20 turut menekankan perlunya menggubal dasar monetari, fiskal dan struktural dengan teliti demi memangkin pertumbuhan serta mengekalkan kestabilan makroekonomi dan kewangan global.