Rawatan Kebajikan Anjuran Skuad Perubatan China di Togo

2023-02-27 15:12:28  CRI
Share with:

 

Skuad perubatan China yang ditugaskan untuk kumpulan ke-25 di Togo telah menyediakan perkhidmatan rawatan kebajikan di bandar Kara, provinsi Kozah negara itu pada Sabtu lalu.

Bandar Kara yang terletak di lebih 400 kilometer dari utara Lome, ibukota Togo,  kurang maju dalam bidang kesihatan dan perubatan. Seramai 600 orang pesakit dilaporkan memanfaatkan aktiviti rawatan kebajikan itu yang merangkumi internis, pembedahan umum, ginekologi dan obstetrik, ortopedik dan akupunktur perubatan tradisional Cina.

Skuad perubatan China yang terdiri daripada 14 orang ahli perubatan dari provinsi Shanxi itu juga menyumbang sekumpulan barang perubatan kepada pusat perubatan bandar Kara.

Sempena ulang tahun ke-60 misi China menghantar skuad perubatan ke Afrika, para anggota skuad tersebut menyatakan bahawa mereka akan terus menyemarakkan semangat budiman dan dermawan dan  berusaha gigih menghapuskan ranjau duri dalam pelaksanaan tugasan mereka demi kesejahteraan rakyat tempatan.