Letupan di Barat Daya Pakistan, 5 Maut

2023-02-27 15:30:28  CRI
Share with:

Sebuah motosikal yang terpasang bom kawalan jauh telah diletupkan di sebuah pasar di kawasan Barkan, provinsi Balochistan, barat daya Pakistan pada 26 Februari lalu. Setakat ini, letupan itu sudah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa dan 12 orang cedera.

Pihak polis memaklumkan bahawa kedai, beberapa buah kereta dan motosikal di sekitar tapak letupan itu turut musnah. 

Siasatan yang terbabit sedang dijalankan pihak polis dan jabatan pengawal keselamatan.