Pupuk Kader PKC, Berbakti kepada Bangsa: Xi

2023-03-02 15:43:30  CRI
Share with:

Pemimpin tertinggi China, Xi Jinping pada Selasa menyifatkan Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang berusia 90 tahun sebagai mempunyai nilai tersendiri.

Ketika menyampaikan ucaptama sempena majlis pembukaan semester baharu sekolah itu, beliau menekankan perlunya sekolah berkenaan memupuk kader mengikut keperluan PKC dan menyumbangkan buah fikiran mengenai isu-isu yang perlu dikaji dan diselesaikan Parti.

Xi berkata selaku pusat pendidikan dan latihan bagi kader, sekolah itu perlu menggalas tanggungjawab dalam mendidik pasukan kader tulang belakang yang berbakti kepada kebangkitan semula bangsa.

Difahamkan, PKC sudah menjadi parti politik paling besar di dunia dengan jumlah anggotanya melebihi 96 juta.

Ramai sarjana antarabangsa berpendapat bahawa penubuhan sekolah Parti dan aktiviti pembelajaran dalam Parti serta latihan kader merupakan antara kunci kejayaan PKC.