AS Salahgunakan Kuasa Negara Tindas Perusahaan Asing

2023-03-03 15:06:16  CRI
Share with:

China mengemukakan bantahan  tajam terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) yang tidak berhenti membesar-besarkan konsep keselamatan wilayah, dan menyalahgunakan kuasa  negaranya untuk menindas perusahaan asing.

Demikian dinyatakan  jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning semalam susulan usaha Dewan Perwakilan AS yang mendorong satu rang undang-undang bagi memberikan mandat  kepada Presiden Joe Biden mengisytiharkan sekatan terhadap TikTok.

Mao berkata, Washington didesak menghormati prinsip ekonomi pasaran dan keadilan dalam persaingan,  menghentikan penindasan terbabit, dan memilih menyediakan persekitaran adil tanpa diskriminasi kepada syarikat pelbagai negara yang mempunyai pelaburan dan  urus niaga di dalam negerinya.